Sunday, November 23, 2008

Peperiksaan akhir semester utk sume mahasiswa/i universiti datang lagi.Saat yang paling genting bagi sume org yg menghadapinya.Bagi yg senior,mungkin telah bnyak strategi dan pelbagai jenis persediaan yg anda cuba.Ada yg berjaya.Ada yang x.Jadi aku nk kongsi skit tip-tip yg mungkin membantu anda.


Persediaan Fizikal


1.Kesihatan(jaga kesihatan anda)

2.Tidur yang cukup(6-7 jam)

3.Jaga pemakanan

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).

4.Riadah(20 minit dan 3 kali seminggu)

5.Keselamatan (Elakkan kecelakaan)

Persediaan Mental

1.Elakkan berfikiran negatif

Menyerah kalah sebelum berjuang
Merasa diri belum bersedia
Harapan ibu bapa terlalu tinggi.

2.Berfikiranlah POSITIF

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"


Persediaan Emosi

Elakkan perkara berikut:


Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

Berprasangka buruk terhadap orang lain;



Persediaan Rohani


1.Sentiasa bermunajat kpd ALLAH
2.Minta restu ibubapa
3.Banyakkan zikir dan baca al-quran
4.Jauhi maksiat
5.Banyak berdoa



Azwan Shakrani's Facebook profile

0 comments: